Salam 1 ummah dan salam 1 muafakat. Pertama-tamanya mari bersama kita menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak berbelah bahagi ke hadrat yang hanya layak disembah, Allah SWT di atas nikmat dari-Nya yang tidak bertepian yang selalu di kurniakan pada kita. Seterusnya bersama kita mengucapkan selawat dan salam ke hadrat Rasul junjungan Muhammad SAW, kepada para sahabat, serta ahli keluarga baginda moga kita beroleh syafaat dari Baginda kelak hari akhirat kelak.
Ramadhan untuk sesi 1433H kini semakin melabuhkan tirainya dari scene dunia. Sahabat lama kita ni yang sepatutnya kita rindui sentiasa bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Jadi antisipater sekalian, agaknya macam mana dengan performance Ramadhan korang kali ni? Kalau berat badan pun kita boleh ukur turun naiknya tak kan prestasi ibadat tak nak ukur. Anyway kepada korang yang masih lagi ada terasa ada kekurangan dengan Ramadhan kali ni walaupun dah khatam Al-Quran 2 kali dalam tempoh dua bulan ni, jadi ini adalah peluang terakhir kita dalam minit-minit terakhir Ramadhan ni. Kalau Azizulhusni Awang 'pocketrocketman' kita tak mampu melangsaikan pecutan terakhir ketika di Olimpik London baru-baru ni, so janganlah kita pun gagal untuk melunaskan pecutan terakhir Ramadhan ni dengan jayanya.
Untuk perutusan kali ni, sebenarnya em' tak berniat nak ulas soal atau isu yang berkaitan dengan bulan puasa sangat. Dan itu bukan bermaksud adanya unsur-unsur tidak menghormati bulan Ramadhan dalam penulisan em' kali ini. Adanya em' berbuat demikian adalah kerana em' yakin yang antisipater sekalian sudah ahli dan sedia maklum tentang kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan. Jadi rasanya tak ada keperluan untuk em' mengulas sesuatu yang anda semua boleh cari dalam kitab-kitab dengan mudah yang mungkin akan menambahkan lagi kekusutan di minda korang. Kalau ada pun penulisan ni sekadar bersifat ignition atau pun seumpama spark plug dalam memberi dorongan kepada korang untuk mendapatkan sesuatu.
Jadi apa lah topik yang bakal em' ketengahkan kali ni. Untuk mengelakkan mukadimah penulisan kali ni menjadi sebuah bebelan yang berpanjangan, elok la kalau em' straight to the point bak kata orang kampung em'. Sebenarnya untuk sesi kali ni, em' teringin nak berkongsi suatu cerita dengan korang semua. Cerita yang em' harap dapat memberikan kalau tak sedikit pun sebanyaklah pengertian pada korang semua. Ada pun cerita ni merupakan sebuah garapan maya dari minda em' yang plot ceritanya mungkin kadang-kadang melangkaui batasan emosi dan nurani korang, tetapi khasnya ia masih di ceritakan dalam bahasa melayu yang mudah di fahami.
Segalanya bermula di sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan yang mana ia menempatkan pelbagai pelajar berbilang kaum di dalam nya. Hadirnya pelajar-pelajar tersebut di situ adalah berbekalkan matlamat yang satu, iaitu mengenggam segulung ijazah (yang sah) lagi diiktiraf dari IPT tersebut seterusnya menjadi kebanggaan masyarakat, bangsa, jua negara serta ayam dan itik di kampung. Ingin di jadikan kisah IPT itu sendiri sudah bertapak agak lama di kawasan tersebut, dan selama tempoh pembangunannya kemampuan IPT ini untuk menghasilkan pemuda tiang negara, pemudi tiang negara tidak boleh di nafikan lagi.
Semuanya kelihatan tenang dan lancar saja di IPT tersebut, sehinggalah suatu tempoh di mana IPT tersebut bakal memulakan sesi persekolahnya yang baru setiap kali selepas tamat semester akhir. Lumrah alam, apabila ada yang hidup ada yang mati, begitu juga dengan IPT ni, apabila ada pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi maka akan adalah pelajar baru masuk dan mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan tersebut. Ini adalah pemandangan biasa atau sifir yang biasanya akan dihafal oleh mereka-mereka yang pernah bergelumang dengan alam persekolahan IPT.
Demi untuk menampung jumlah kemasukan pelajar-pelajar baru tersebut, walaupun hakikatnya mereka mengisi kekosongan tempat pelajar-pelajar terdahulu yang bakal bergraduasi, namun hakikat itu tidak seindah nyata bila bercakap soal kolej kediaman. Demi menampung bukan berat badan, tetapi kehadiran pelajar-pelajar baru yang mana mereka di wajibkan untuk tinggal di kolej kediaman pada tahun pertama bulan madu di IPT tersebut, maka pasti ada pelajar-pelajar senior yang masih lagi bermastautin di IPT tersebut dan tentunya masih lagi memerlukan khidmat kolej kediaman, bakal di singkirkan secara terhormat dari kolej kediaman tersebut dengan berlandaskan beberapa faktor. Ini juga antara sifir yang perlu dihafal oleh seorang pelajar IPT.
![]()
Di sebabkan perkara tersebut merupa fenomena biasa dalam kitaran hidup pelajar IPT, jadi ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan seandainya ia berlaku kepada pelajar-pelajar di situ. Namun di permulaan semester baru IPT tersebut, sesuatu yang aneh telah berlaku. Banyak permohonan kolej kediaman yang di isi dengan lengkap oleh pelajar-pelajar senior tersebut di tolak mentah-mentah. Malahan yang paling mengejutkan, pelajar yang rata-ratanya aktif berpesatuan dan di label sebagai orang kuat kolej kediaman juga tersingkir tanpa kata dua mahu pun tiga.
Sememangnya mengejutkan dan memilukan. Kerana tatkala melangkahnya pelajar-pelajar ini ke IPT tersebut, mereka akan di sajikan dengan kata-kata yang mempunyai mesej 'Seandai anda semua di dapati aktif dalam sebarang aktiviti kemahasiswaan dan kolej kediaman, maka ini akan meningkatkan lagi pendapatan anda untuk diterima masuk ke kolej kediaman'. Begitulah antara maksud bait kata-kata tersebut. Sebuah kata yang berbentuk janji. Sebuah janji yang perlu di tepati seandainya ada syarat yang di penuhi.
Namun kini janji hanya tinggal janji. Dan mungkin juga janji di capati. Kebanyakkan daripada pelajar-pelajar yang hanya tunduk patuh mematuhi syarat-syarat tersebut juga di buang. Bukan 1, bukan 2 tetapi ramai yang di singkirkan tanpa alasan yang kukuh. Di sebabkan perkara ini berlanjutan tanpa penjelasan lanjut dari pihak pentadbiran IPT, maka pelajar-pelajar senior ini yang merasakan hak mereka terabai dan tergadai mula memberi respons, kerana merasakan tidur mereka selama ini yang enak dan di ulit mimpi telah di kejutkan.
Maka atas inisiatif mereka secara nafsi-nafsi (sendirian) mereka pun mula mengajukan aduan dan pertanyaan dengan menggunakan laman respons secara online, atau di kenali sebagai e-respons. Biasanya setiap laman web IPT pasti ada sediakan ruangan ni. Maka beramai-ramailah mereka menulis aduan penuh emosi demi mendapatkan penjelasan terhadap apa yang berlaku terhadap mereka itu. Dengan harapan supaya pihak pentadbiran IPT tersebut dapat mendengar rintihan batin mereka melalui khidmat e-respons tersebut and mempertimbangkan sesuatu yang baik untuk mereka bertepatan dengan janji yang telah di taburi selama ini.
Namun begitulah rentetannya, harapan hanya tinggal harapan. Nampaknya pelajar-pelajar IPT tersebut memandang rendah pada pihak pentadbiran IPT itu dengan mendakwa yang suara aduan mereka akan di dengari hanya dengan menggunakan saluran e-respons tersebut. Al-maklumlah selaku pihak pentadbiran yang bertaraf antarabangsa, mana mungkin mereka mempunyai masa untuk melayan aduan-aduan tersebut. Ini adalah sesuatu yang boleh kita jangka dalam mana-mana pihak pentadbiran termasuklah pentadbiran di peringkat negara.
![]()
Menuntut suatu penjelasan yang lebih jelas, maka pelajar-pelajar senior yang kelihatan kurang berpuas hati seolah-olah kurang mendapat kasih sayang mula berasa berang seumpama di Kuala Berang. Merasakan pihak pentadbiran IPT langsung tidak memperdulikan aduan rakyat yang cuba mereka lakukan, jadi mereka cuba untuk bertindak lebih terang dan jelas, supaya mudah pihak pentadbiran IPT itu memberi perhatian pada mereka. Maka inisiatif mereka yang kali ini secara beramai-beramai, mereka mengumpulkan petisyen. Mengumpulkan tandatangan beramai-ramai dan menghantar surat bantahan kepada pihak pentadbiran IPT tersebut secara langsung berkenaan dengan perlakuan yang tidak boleh di terima akal itu. Namun perkara mengecewakan terus berlaku. Pelajar tersebut bukan saja tak di layan, malah mereka tak di benarkan memijakkan kaki ke pejabat pentadbiran IPT untuk menghantar surat tersebut.
Di sebaliknya isu yang seharusnya menyatukan pelajar-pelajar di IPT tersebut, hakikatnya mereka terbahagi kepada dua kelompok. 1 terdiri dari mereka yang lantang menyuarakan tentang perilaku yang tak munasabah dari pihak pentadbiran IPT tersebut, dan 1 lagi mereka yang seolah-olah menyokong pentadbiran IPT tersebut. Kelompok ini membantah perbuatan pelajar yang menghantar surat bantahan tersebut. Mereka menegaskan yang sepatutnya pelajar-pelajar tersebut bersyukur dan berterima kasih pada pihak pentadbiran IPT atas nikmat yang telah di kurniakan selama ini, bukan dengan cara menunjukkan bantahan dengan surat bantahan. Sungguh pun mereka yang menyokong pentadbiran IPT ni kelihatan kecil, namun di sebabkan pengaruh yang besar mereka di IPT tersebut, membolehkan mereka menyampaikan suara dengan jelas dan luas.
Tetapi hakikat sebenarnya mereka yang menjadi penyokong kepada pentadbiran IPT ni tak merasai apa yang di rasai oleh pelajar senior yang lain. Kerana mereka ini sendiri merupakan anak dan keluarga pihak pentadbiran IPT tersebut. Jadi mereka tak merasai apa yang di rasai oleh pelajar-pelajar yang di buang kolej tersebut. Jikalau mereka di buang sekali pun, mereka masih lagi tinggal di rumah pihak pentadbiran IPT itu selaku orang yang mempunyai kaitan dengan mereka. Atas dasar itu juga, mereka di jadikan golongan pelajar yang kelihatannya menyokong perbuatan yang di sifatkan zalim oleh pihak pentadbiran IPT tersebut, walhal mereka tidak merasai hakikat yang pelajar lain rasakan.
Di satu sudut yang lain juga, dalam kalangan pelajar-pelajar yang teraniaya ini juga terbahagi kepada 2 kelompok. Terdapat kelompok yang mula merasakan mereka tidak seharusnya berbuat begitu. Mereka tak seharusnya menunjukkan bantahan yang terang-terangan kepada pihak pentadbiran IPT. Hal ini kerana mereka masih lagi pelajar di IPT tersebut, dan perlu mematuhi sepenuhnya undang-undang yang telah di gariskan dalam buku undang-undang IPT tanpa mengira apa pun yang berlaku.
![]()
Di sebabkan pandangan mereka tak langsung di dengar malah di perkotak-katikkan, jadi perasan pelajar yang telah di buang kolej itu sampai kemuncaknya. Akhir setelah melalui beberapa perbincangan meja bulat bersama mereka, akhirnya mereka mencapai kata putus. Keputusan yang di buat untuk memberi kesedaran pada pihak pentadbiran yang langsung tak mendengar. Mereka akan menganjurkan demonstrasi tunjuk emosi di hadapan bangunan pentadbiran IPT tersebut, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Manakan tidaknya, sudah lah mereka di biarkan merempat tanpa penempatan kolej kediaman, pembuangan mereka juga di diamkan tanpa di berikan alasan yang munasabah lagi menyedapkan hati. Begitulah kisahnya.
Dan golongan pelajar yang di gelar penyokong pihak pentadbiran IPT ni juga tidak berdiam diri. Mereka terus memberikan reaksi spontan dengan mempertahankan bermati-matian pihak pentadbiran IPT tersebut. Mereka terus-terusan menyeru kepada semua pelajar agar taat dan patuh pada pihak pentadbiran IPT. Mereka mengingatkan pelajar-pelajar siapa yang menyediakan kemudahan IPT selama ini. Mereka juga menerbitkan memori siapa yang memberikan peluang kepada pelajar semua untuk berpeluang belajar di IPT tersebut. Tambah memilukan lagi menyayat hati, mereka mebangkitkan kenangan siapa yang membantu mereka dalam melancarkan proses peminjaman PTPTN mereka. Semua kata-kata tersebut adalah untuk mengingatkan kembali pelajar-pelajar tentang jasa pihak pentadbiran IPT sebelum, dan jangan menentang mereka. Walhal, mereka yang berkata sebegini tak merasai seperti pelajar yang di zalimi itu.
Adapun pelajar golongan ketiga ini walaupun terasa diri mereka dizalimi kerana di buang begitu saja dari kolej kediaman, tetapi mempunyai alasan tersendiri tidak mahu menyertai demonstrasi tersebut. Mereka menggunakan hujah yang di petik melalui buku perlembagaan IPT, iaitu tak boleh menentang pihak pentadbiran IPT selagi ia masih menjadi pihak pentadbiran yang sah. Dalam hal ini mereka lebih suka menyatakan bantahan mereka secara lemah lembut, bersifat menasihati, iaitu dengan cara menggunakan portal e respons sebagai saluran menyatakan suara mereka. Bagi mereka begitu lah cara yang sesuai bagi menegur pentadbiran IPT, dengan cara berhikmah. Bukan dengan mengadakan pertunjukan jalanan yang pasti mencetuskan keganasan, kata mereka. Setelah apa yang berlaku kepada mereka sejak sekalian lama, dengan tiada sebarang satu pun aduan dari portal e respons yang di ambil kira, mereka tetap meneruskan cara tersebut. Bagi mereka itu lah cara yang betul menasihati pemimpin yang zalim, iaitu dengan lemah lembut dan penuh hikmah.
Hari itu tiba jua. Kemuncak bagi isu ini adalah peristiwa demonstrasi pelajar-pelajar yang di buang ini di hadapan pihak pentadbiran IPT. Pihak pentadbiran IPT, dalam kedegilan mereka merespons pertanyaan dari pelajar-pelajar tersebut mula berasa gentar. Lantas mereka mengerah semua pasukan keselamatan IPT untuk menghalang demonstrasi tersebut, termasuk memberi ugutan buang IPT. Pasukan keselamatan IPT tanpa banyak soal dan bicara, dan atas landasan SOP, menggunakan kekerasan untuk menghalang pelajar-pelajar tersebut, termasuk memukul dan mengenakan akta tanpa soal kepada sesiapa saja yang kelihatan terlibat dengan demo tersebut. Sungguhpun begitu, demo tersebut dapat berjalan dengan jayanya, dan mendapat liputan dari media-media. Dan di sebabkan peristiwa itu juga orang di luar tahu bahawa kebanyakan dari pelajar tersebut di zalimi, yang selama ini berita disorokkan dari pengetahuan umum dari pihak pentadbiran IPT.
Kesan dari demo tersebut, pihak pentadbiran IPT mula rasa tergugat dengan suara pelajar-pelajar tersebut. Mereka akhirnya akur dengan memberikan sedikit ruang untuk penempatan pelajar tersebut. Namun hakikatnya tidak semua pelajar yang di zalimi ini tadi mendapat kembali kolej kediaman. Hal ini kerana tidak semua pelajar ini menyuarakan hak mereka. Pelajar golongan ketiga yang dimaksudkan sebentar tadi berterusan menyatakan bahawa bukan ini cara yang benar untuk menegur pihak pentadbiran. Seharusnya mereka ditegur dengan lemah lembut, penuh hikmah, dan menasihati. Maka mereka berterusan menggunakan saluran e respons untk menyuarakan hak mereka. Adapun pelajar yang dilabel sebagai penyokong setia pihak pentadbiran IPT tadi berterusan menyatakan sokongan membabi-buta pada pihak pentadbiran IPT tanpa merasai hakikat kezaliman yang dilakukan.
Persoalannya di sini, siapakah pada pandangan anda, melakukan tindakan yang relevan, bertepatan dengan situasi semasa yang sedang di hadapi dalam sketsa nan indah ini? Fikir-fikirkan.

antisipasi: cerita yang ada sisi benar dan tidak benarnya