Assalamualaikum to all readers…sebelum bermula, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran terhadap Allah S.W.T dan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Pejam celik pejam celik Ramadhan akan menjengah kembali. Rasa bersyukur sangat-sangat kerana sekali lagi insyaAllah akan diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Jadi, di bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan lagi amalan kita. Di harap, dengan kehadiran Ramadhan ini, kita akan lebih banyak meluangkan waktu bersama Allah ye. aminnn :)
Doa Rasulullah S.A.W :
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami dengan Ramadhan”
Untuk entry kali ni, Nur nak berkongsi resepi untuk membuat oreo cheesecake yang tak perlu dibakar. Masuk dalam peti ais je then boleh terus makan. Resipi ni pun Nur belajar from internet. Cara nak buat dia mudah sahaja. Cuti-cuti kat rumah tu boleh lah buat untuk emak dan ayah. Selain itu, Oreo cheesecake ni boleh juga kita buat untuk juadah berbuka puasa atau juadah hari raya untuk kawan-kawan, membe mak dan ayah atau bakal menantu mak dan ayah yang datang ke rumah :)
OREO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN
butter (50g)
susu segar dutch lady (80 ml)
biskut oreo (2paket)
whiping cream (100ml)
cream cheese (250g)
gula perang (1 sudu besar)
gula halus (1/2 cawan)
gelatine halal (1 sudu besar) + air panas (40 ml)
Mula-mula kita akan seperate bahan-bahan ini kepada part A dan part B. Part A adalah bahan-bahan untuk layer bawah dia yang crust tu dan part B adalah bahan-bahan untuk layer bahagian atas.
BAHAN-BAHAN PART A
butter (50g)
gula perang (1 sudu besar)
2 paket biskut oreo (tinggalkan 7 keping untuk Part B)
Mula-mula asingkan 7 keping oreo daripada 2 paket oreo tadi untuk part B. Untuk part A ni, keluarkan krim daripada biskut oreo kerana hanya biskut sahaja yang akan digunakan. Krim biskut akan disimpan untuk part B. Kemudian hancurkan biskut tadi sehinggalah biskut tu betul-betul hancur. Selepas itu, masukkan butter ke dalam biskut yang telah dihancurkan dan gaul rata. Apabila biskut yang hancur dan butter sudah rata, masukkan pula 1 sudu gula perang dan gaul lagi sehingga sebati. Kemudian penyek-penyekkan biskut yang telah dihancurkan itu sehingga mampat. Selapas berpuas hati, masukkan Part B ini ke dalam peti ais selama satu jam.
BAHAN-BAHAN PART B
susu segar Dutch Lady (80 ml)
cream cheese (250 g)
½ cawan gula halus
krim oreo yang dipisahkan tadi
Lenyek-lenyekkan cheese sehingga tiada ketulan dan masukkan 80ml susu segar dan 100ml whiping cream. Kacau ketiga-tiga bahan ini sehingga rata. Kemudian, masukkan pula ½ cawan gula halus ke dalam adunan ini dan kacau lagi. Sementara itu, campurkan 1 sudu gelatine dan 40 ml air panas. Masukkan bancuhan gelatine itu ke dalam adunan cheese dan pastikan bancuhan gelatine masuk sepenuhnya ke dalam adunan.
p/s : gelatine digunakan untuk mengeraskan adunan kek ini di dalam peti ais. Jadi kena pastikan gelatine masuk kesemuanya ke dalam adunan dan berhati-hati ketika membeli gelatine kerana banyak gelatine yang tidak halal di pasaran.
Selepas kesemua bahan itu rata, masukkan pula krim yang kita ambil dari oreo tadi. Kacau rata sehingga sebati. Kemudian ambil 3 keping biskut oreo. Hancurkan biskut tersebut dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Then kacau, kacau dan kacau lagi. Tinggalkan biskut yang selebihnya untuk bahagian toping nanti.
Keluarkan Part A dari peti ais dan tuangkan Part B elok-elok di atas Part A. Kemudian, letakkan baki biskut yang tidak digunakan tadi di atas kek. Selepas itu, masukkan kek ke dalam peti ais selama 4 jam dan apabila kek sudah keras, bolehlah dimakan :)
Ha, senang kan? Modal dalam 30 ringgit je. Kalau beli dekat kedai mesti dalam 70 ringgit. Kan ke dah jimat tu ? :)
credit to google :)
p/s : salam ramadhan...renung-renungkan dan selamat mencuba !