![]() |
bulan Ramadhan, saat perubahan bagi kita, dan juga superhero diluar sana |

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)
Salam 1 ummah, salam 1 muafakat. pertama-tamanya dan hanya pada satunya marilah bersama kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang hanya layak disembah, Allah SWT, atas segala rahmat dan limpa kurnianya kepada kita hingga ke saat ini. selawat dan salam kita ucapkan pada Rasul junjungan besar Nabi Muhammad SWT, para sahabat serta ahli keluarga baginda, moga beroleh syafaat kita di akhirat kelak insyaAllah.
buat sekalian kalinya antsipater sekalian, marilah bersama kita mengucapkan alhmadulillah. kalau mengikut kalendar masihi hari ni, tarikh menunjukkan 29 Julai 2011. kalau kita rujuk kalendar hijrah pulak, menunjukkan tanggal 28 syabaan 1432 hijrah. bagi yang seangkatan dengan em' maknanya lebih kurang 20 tahun kita telah menikmati nikmat free of charge dari Allah SWT.
dan tu jugak menunjukkan lebih kurang 2 hari lagi kita akan menerima kunjungan sahabat lama yang dirindui, ramadhan.
apabila bercakap tentang ramadhan, apa yang terlintas dalam fikiran korang on the spot? bagi kebanyakan supermarket atau mall yang berdekatan dengan tempat tinggal em' sekarang ni, kelihatan pekerja diorang bertungkus lumus menghias segenap ruang tempat diorang dengan tema hari raya, dan tak kurang jugak kad-kad raya mula dijual dengan intensif. dan em' percaya mulai 1 Ogos nanti, pasti lagu raya akan mula berkumandang di setiap pasar raya atau radio untuk menjadi lagu tema diorang. begitu jugak dalam fikiran korang bila bercakap tentang puasa? maknanya puasa=raya?
secara kronologikalnya memang betul. selepas puasa mestilah ada raya. kanak-kanak gembira bila sebut tentang puasa, sebab bila ada bulan puasa mesti ada bulan raya. mulalah terbayang dalam kepala diorang nak beli baju baru, main mercun, dan dapat duit raya. tu betul, memang tak dinafikan sebab em' dulu pun pernah merasai sebegitu. bagi yang tak berapa nak budak pulak (tapi bukan tua) seronok bila dengar puasa nak raya sebab best dapat cuti balik kampung( yang tak dapat cuti lain cerita), teruja nak jalan-jalan rumah kawan, rumah awek, rumah bakal mertua dan sebagainya.
on the other side pulak, ketibaan bulan puasa ni bukanlah sesuatu yang menggembirakan bagi semua umat Islam. ini realiti. seperti memetik kata-kata kawan sekerja em' yang non-muslim "susah jugak u'all nak buat kerja bila ada puasa-puasa ni". ok, tu kata-kata seorang non-muslim, kita tak ada nak cakap banyak sangat selain menerangkan apa yang patut. tapi masalahnya, kata-kata sebegini ada jugak yang terpacul keluar dari mulut seorang muslim sendiri, terutamanya yang berkerja. tapi adakah mereka sedar apa yang diperkatakan itu tergolong dalam syirik jalil (syirik kecil).
begitulah antisipater sekalian, sebahagian realiti dan sketsa kehidupan umat Islam yang hidup tak berapa nak Islam dalam zaman yang jugak tak berapa nak Islam sekarang ni. puasa itu raya. raya itu puasa. kecuali raya haji. jadi bagaimana kalau kita berazam untuk mula melakukan perubahan pada ramadhan kali dengan first thing kita mengubah persepsi kita pada sahabat lama kita ni.
Puasa Bukan Sebagai Adat
ni lah realiti yang jelas berlaku pada umat Islam di Malaysia. kedatangan bulan ramadhan itu lebih dinilai sebagai adat semata-mata. dan lebih obvious, dinilai sebagai adat orang melayu, bukan adat orang Islam. maka di sini kita bolehlah melihat beberapa natijah apabila menilai ramadhan sebagai ketibaan bulan adat. puasa sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi part lain tidak dijaga. amalan menganyam ketupat ketika bulan puasa( baru awal puasa) masih lagi diteruskan. penampilan yang sentiasa malar hijau sepanjang tahun, kalau bulan-bulan sebelumnya tak menutup aurat begitu jugak bulan ramadhan. dan paling obvious, amalan wajib solat fardhu lima waktu jugak masih ditakuk lama seperti bulan-bulan sebelumnya! jadi mana kata ada penghayatan ramadhan tu?
![]() |
cukup ke sekadar program penghayatan? |
Ramadhan Sebagai Pesta Ibadah
nilah yang sepatutnya kita ambil kira! selain dari pesta tu kita tolak. telah betapa banyak fadhilat yang selama ni kita dengar dari ustaz-ustaz dan alim ulama' disekolah atau dimana saja, tapi kenapa kita still tak ambik pot tentang benda ni. tapi perkara yang paling obvious yang berlaku dalam bulan ramadhan ni, ialah pesta makan. bila masuknya bulan ramadhan ni lah kita boelh tengok lambakan makanan dan bermacam jenis minuman yang di variasikan oleh peniaga demi melariskan perniagaan mereka dibazar-bazar ramadhan. part tu betul lah, sebab ramadhan ni sebagai bulan rahmat, rezeki mencurah-curah. dan kita pulak, yang waktu lagi beberapa jam nak berbuka tu, tu lah waktu yang paling kritikal di mana nasfu makan memuncak dengan begitu drastik bila melihat lambakan pelbagai makanan minuman yang kadang-kadang boleh jumpa waktu bulan puasa je. kita pun apa lagi, berbekalkan duit yang ada, maka 7 jenis makanan dan 7 jenis minuman lah yang kita jadikan juadah berbuka hari tu..hasilnya, bila nak solat maghrib mata terasa berat, badan terasa layu. kesimpulannya solat terawikh pun jauh dari pandangan mata ku..ni realiti kan?
nilah yang sepatutnya kita ambil kira! selain dari pesta tu kita tolak. telah betapa banyak fadhilat yang selama ni kita dengar dari ustaz-ustaz dan alim ulama' disekolah atau dimana saja, tapi kenapa kita still tak ambik pot tentang benda ni. tapi perkara yang paling obvious yang berlaku dalam bulan ramadhan ni, ialah pesta makan. bila masuknya bulan ramadhan ni lah kita boelh tengok lambakan makanan dan bermacam jenis minuman yang di variasikan oleh peniaga demi melariskan perniagaan mereka dibazar-bazar ramadhan. part tu betul lah, sebab ramadhan ni sebagai bulan rahmat, rezeki mencurah-curah. dan kita pulak, yang waktu lagi beberapa jam nak berbuka tu, tu lah waktu yang paling kritikal di mana nasfu makan memuncak dengan begitu drastik bila melihat lambakan pelbagai makanan minuman yang kadang-kadang boleh jumpa waktu bulan puasa je. kita pun apa lagi, berbekalkan duit yang ada, maka 7 jenis makanan dan 7 jenis minuman lah yang kita jadikan juadah berbuka hari tu..hasilnya, bila nak solat maghrib mata terasa berat, badan terasa layu. kesimpulannya solat terawikh pun jauh dari pandangan mata ku..ni realiti kan?
![]() |
dah masuk waktu berbuka? ayuh!! |
Ramadhan Sebagai Titik Perubahan
bagi sesiapa yang masih mencari saat yang jitu untuk berubah ni lah masanya. lakukan perubahan demi agama dan pegangan akidah anda. bila tiba bulan puasa ni, kita tak boleh berdolak dalih lagi. jadikan kata-kata ni sebagai pegangan, jadikan ramadhan ni, ramadhan terakhir dalam hidup kita. anda perlukan dorongan? ramadhan adalah jawapan paling tepat. waktu ni lah musuh ketat kita, dipenjarakan setika oleh Allah SWT, untuk memberi ruang pada kita beribadat dengan baik. pahala? bukan nak cerita, tapi telah banyak disebut dalam hadis-hadis sahih, umat Islam yang beribadat dengan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah bulan puasa ni, maka Allah SWT, akan double up, triple up, dan up-up lagi amalan kita. dan apa yang paling baik, best of the best, yang hanya dikurniakan pada umat Islam, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. malam apa tu? mestilah malam lailatul qadar. mana korang nak cari tempat kerja yang bagi korang gaji bersamaan seribu bulan sedangkan korang kerja 1 malam je?
![]() |
perubahan itu keperluan, terutama di bulan ramadhan |
jadi begitulah antisipater sekalian, menasihat-menasihati tu amalan hidup sesama muslim. zaman yang penuh kemodenan ni, memang senang kita nak buat dosa, samada sedar ke tak. contohnya, dosa yang dikreditkan ke akaun dosa kita selama 24/7 kata orang, ialah perbuatan kita letak gambar yang tak menutup aurat berlambak-lambak di facebook. kalau di bulan puasa, dah la mengurangkan pahala puasa kita, jugak menjadi pengurang pahala bagi sesiapa yang melihatnya. jadi sementara masih ada masa count down ramadhan kita ni, ayuh kita lakukan perubahan. kerana hanya kita je mampu mengubahnya.
semoga perkongsiaan ini diredhai Allah SWT
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
antisipasi: Ya Allah, jadikanlah ramadhan ini, ramadhan terakhir tanpa khilafah!