Quantcast
Channel: | Antisipasielmy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28

Review: Apa Celup?

$
0
0
(kredit)

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".(Al-Baqarah 2:138)

Salam 1 ummah, Salam 1 muafakat. pertama-tama dan selama-lamanya marilah bersama kita mengucapkan lautan kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmatnya yang tidak terhitung selamanya terhadap kita hambanya yang hina. tidak lupa juga selawat dan salam kita ucapkan kepada junjungan besar Rasulullah Muhammad SAW, para sahabat, serta ahli baginda moga beroleh kita akan syafaat baginda diakhirat kelak insyaAllah.

baru-baru ni negara kita dikejutkan dengan kemunculan sebuah drama epik trilogi yang mengisi kekosongan dalam slot "aksi" yang kat stesyen tv kegemaran korang tu, ala apa lagi kalau bukan TV3. em' pun sampai sekarang ni masih tak berpeluang lagi nak menonton apa lagi nak menilai cerita ni di kaca tv, so tak tau la nak kata best ke tak. kalau cakap tak best nanti kena marah dengan Ahmad Idham pula. tapi apa yang nampak cerita ni sedikit sebanyak berkisar tentang sub-budaya yang cukup dalam negara kita, seumpamanya orang kata "only in Malaysia". tak lain tak bukan budaya rempit dalam kalangan muda-mudi kita. so mungkin ni marketing strategy kot. menceduk segala budaya dan amalan yang mendapat tempat di hati masyarakat pada suatu tempat dan menjadikan nya sebagai tema buat cerita ke filem ke. kalau macam ni di Malaysia ada dua benda je yang senang nak buat modal. samada buat jalan cerita berasaskan seni membawa motor yang boleh membunuh atau tema cinta, atau kalau nak lagi 'kick' campurkan kedua-dua sekali.

sejujurnya em' harap korang tak kecewa lah. bukan cerita "apa celop" ni yang em' nak ulas sebenarnya. bukan apa, perkara ni dah terlalu ramai blogger ulas dah sambil kita pun merasa boring untuk membacanya walaupun sambil makan seulas durian. jadi em' mengambil inisiatif yang lebih bijak ala-ala strategi pilihan raya dengan mencuba sesuatu yang lebih best supaya korang antisipater tak merasa boring. natijahnya, em' tetap jugak nak cerita tentang sesuatu yang berkaitan tentang 'celup-celup' juga, walaupun mungkin ejaan dia sedikit berlainan. celup yang macam mana tu? ada macam nini cekolat celup ke? kalau korang rasa dia sesedap nini cekolat celup, maka korang harus bersedia, sebab yang ni punya version lagi sedap dari cekolat celup dan sebagainya. ianya tentang apa yang dipanggil celupan Allah SWT.

bagi yang tak pernah dengar tentang istilah celupan Allah ni mungkin em' boleh beri sedikit gambaran kot. dalam uslub atau kaedah yang lebih mudah korang fahami. celupan Allah SWT atau lebih dikenali sebagai "sibghatullah" merupakan suatu istilah yang boleh kita jumpai dalam Al-Quran pada ayat 128 surah Al-Baqarah. di sini "celupan Alllah" ni kita boleh faham sebagai suatu gelaran. bila dah ada gelaran, siapa pula yang layak menerima gelaran ni? secara holistiknya kita boleh faham yang "sibghatullah" ni bermaksud suatu pelarutan atau blend-in yang perfect dengan antara kita dengan agama Allah. percampuran ni  bukan berlaku hanya pada sesetengah perkara dan isu saja, tapi ia meliputi dalam seluruh aspek kehidupan kita, tak kira lah siang dan malam, 24/7. korang masih tak faham lagi tentang istilah "celupan Allah" ni? ok, bawak bertenang..mungkin em' patut bagi korang satu analogi yang menarik lagi mudah difahami kot.

kenapa mesti nini cekolat celup? tak ada contoh lain ke?
cuba korang bayangkan sebuah entiti yang diberi nama nini cekolat celup...em' pasti ramai dalam kalangan korang ni yang pada suatu masa dulu menjadi peminat tegar pada entiti ni dan even sehingga kini. seperti apa yang sudah difahami, entiti merupakan subjek yang terdiri dari beberapa batang biskut yang dibentuk menjadi stick serta cairan coklat dan adalah lagi beberapa perisa lain yang dijadikan sebagai penambah sedap biskut tersebut dengan cara mencelupnya dalam cairan tersebut. di sini kita dapat buat perbandingan, dari beberapa batang biskut yang rasanya tak sesedap mana, yang kemudiannya apabila dicelupkan dengan cairan coklat tadi menjadikan rasanya lebih memikat hati dan perasaan lantas melariskan lagi jualan nini cekolat celup ni. jadi begitu jugaklah dengan celupan Allah. ia menjadikan seseorang, sesuatu atau apa saja subjek jadi lebih baik dari sebelumnya dengan mengalunkan diri di dalam acuan agama Allah.

untuk lebih jelas tentang kesan celupan Allah ni, tak sah kalau kita tak sertakan contoh-contoh mereka yang telah terpilih untuk memasuki gelaran ni. mereka ni boleh kita gelar sebagai generasi celupan Allah. mereka ni adalah generasi yang terawal menerima tarbiah direct dari Rasulullah SAW. mereka ni jugak adalah manusia-manusia yang sanggup berkorban apa saja demi Islam, agama yang mereka cintai.dan apa yang lebih best, mereka ni bukan saja mendapat respect dalam lipatan sejarah Islam, malah mereka juga mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah di akhirat. dan yang teramatlah best, mereka ni golongan syabbab (pemuda-pemudi)

Firman Allah s.w.t : “Wahai pemuda yang mampu mengendalikan nafsunya dan menggunakan waktu mudanya untuk Ku, kamu di sisi Ku adalah umpama para malaikat Ku.” (Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

secara umumnya, generasi celupan Allah ni menghabiskan jangka hayat mereka dalam keadaan yang tidak pernah di buat oleh orang (di zaman kita ni) apatah lagi kalau orang tu bergelar teenagers, remaja seperti kebanyakan antisipater sekalian termasuk em' sekali lah. berikut merupakan perkiraan turutan hidup generasi emas celupan Allah ni.
  • 8-10 tahun: hafaz Al-Quran 30 juzuk
  • belasan tahun: hafal kitab hadith, belajar ilmu fiqh, bahasa dan sebagainya
  • 20an tahun: menjadi orang besar dalam masyarakatnya dengan prestasi yang gemilang
itu baru ciri-ciri basic. kiranya hanya sekadarnya kompeten untuk menggalas nama celupan Allah ni je la. tapi yang generasi-generasi ni buat untuk menaikkan nama mereka setandingan dengan gelaran yang telah Allah berikan pada mereka? mari kita tengok ni pulak.



Remaja / Pemuda yang menghambakan diri
“Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Nya... ....pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Merebut Masa Muda
“Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu (Riwayat Al-Hakim)
“Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.” (QS Al-Mukminun: 3)
“Sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.” (HR Ahamad, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Berhati-hati dengan Kehidupan
Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.” (Riwayat Tirmidzi)

 Hidup dengan Ibadah
“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).” (Riwayat Imam Abu Ahmad dan Ya’la)

Remaja / Pemuda Pendokong Dakwah
Rasulullah  s.a.w menerima wahyu ketika umur 40 tahun.
Abu Bakar ketika itu 37 tahun.
Umar Al-Khatab memeluk Islam ketika umur 27 tahun.
Ali ketika itu di awal remaja.
Abdullah Mas’ud, Said bin Zaid. Abd Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Musab bin Umar.

Pemuda Peneraju Perjuangan
Tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah ditangan para pemuda. Dibawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda.

setelah menilai dan meneliti perkongsian yng em' kongsikan ni, jadi em' dengan rasa rendah dirinya ingin mengajak kita berfikir bersama, di manakah terletaknya golongan generasi pemuda-pemudi kita sekarang ni. generasi nini cekolat celup, generasi "apa celop?!", atau generasi celupan "sibghatullah"Allah SWT...

“Generasi muda merupakan rahsia kehidupan umat dan sumber kebangkitannya. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan “rahim” umat itu melahirkan tokoh-tokoh yang memenuhi syarat rijal (pemuda Islam) yang sebenarnya.”














antisipasi: pemuda harapan agama, pemudi tunjang perjuangan



















Viewing all articles
Browse latest Browse all 28