Quantcast
Channel: | Antisipasielmy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28

Duhai Insan, Demi Masa..

$
0
0

Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitung dirinya dan dan suka beramal untuk bekalan sesudah mati dan orang yang jahil ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah (Riwayat Al Tarmizi)

Salam 1 ummah, Salam 1 muafakat em' ucapkan kepada anda antisipater sekalian. pertama-tamanya dan selama-lamanya, marilah bersama kita mengucapkan dan menghamparkan segala rasa syukur kita kepada hanya yang Satu, Allah SWT. seterusnya, bersamalah kita mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, serta ahli keluarga baginda moga kita beroleh syafaatnya kelak pada hari di mana harta, anak-anak, dan keluarga tidak berguna lagi.

Alhamdulillah sekali lagi em nak ucapkan kerana semenjak ke 2 menjak ni, Allah SWT sentiasa memberikan em' kekuatan dan dorongan untuk sentiasa berkongsi sesuatu yang em' harap kalau tak sedikit pun sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang semua. dan apa yang paling penting, sentiasa em' usahakan dan harapkan agar setiap dari apa yang em' tulis ni merupakan sesuatu yang bersifat ikhlas dan selari dengan niat em' untuk meneruskan penulisan em' di sini. mengharapkan keredhaan Allah SWT.

baiklah, cukup dengan ayat berbunga-bunga. untuk perutusan kali ni, em' teringin nak berkongsi sesuatu dengan korang. tapi yang penting bukan kongsi gelap la. selama ni mungkin korang sentiasa disajikan dengan pelbagai tulisan yang sarat tentang idea atau pun pandangan yang ntah apa-apa ntah, maka kali ni em' nak berikan something yang lebih ringan dan santai sikit. kalau orang maths (mathematics) mesti suka tengok benda ni.yang penting bukan em' la.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.


sebagai seorang insan yang mempunyai kapasiti otak yang tidak menyamai otak ikan paus, maka jadi lumrah kita manusia ni sentiasa perlu ingatkan. maka telah kita lihat, pelbagai peringatan yang telah Allah SWT berikan, tunjukkan, ajarkan pada kita. ada yang bentuk lembut, ada yang bentuk keras. tapi selemah-lemah manusia ni pun, kita lah antara makhluk yang sangat aktif dan tegar dalam membangkang sesuatu suruhan Allah. kalau nak membangkang pemimpin yang zalim tak berani pulak. maka di sini em'ingin mengajak korang semua agar melapangkan hati dan melonggarkan fikiran untuk meneliti slot muhasabah diri em' yang seterusnya ni. dengan itu insyaAllah, mudahlah hati korang disentuh, dan mudahlah korang untuk menerima ibrahnya.

Renungan Masa Kita Di dunia Ini

1 hari = 24 jam. Maka SATU TAHUN = 12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit =3156000 saat/ detik

Anggaran normal manusia jangka hayat manusia (kurang dari 60 tahun atau lebih dari 70 atau 60 tahun hingga 70 tahun atau 65 tahun)

Majoriti manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun hingga 70 tahun, purata manusia meninggal lebih kurang 65 tahun

Kita bercerita pula tentang baligh: bermula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia. lelaki baligh lebih kurang umur 15 tahun, perempuan umur 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah, puratanya: Mati - Baligh = Baki Usia:~ 65-15 = 50 tahun (50 yang digunakan untuk apa?) Catatan: 50 tahun=18250 hari=458000 jam=12 jam siang hari, 12 jam malam hari

waktu kita tidur, lebih kurang 8 jam sehari

dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan ; di bundarkan menjadi 17 tahun

..Alangkah sayangnya waktu 17 tahun dihabiskan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya..

waktu aktiviti kita di siang hari lebih kurang 12 jam

dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun

aktiviti waktu siang: ada yang bekerja, ada yang bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah, ada yang makan dan banyak lagi.

waktu rehat, lebih kurang 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 73000 jam = 8 tahun
rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai mimpi di siang hari...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Bila nak beribadah bang?

lalu bila nak beribadah? (secara khusus)


padahal Allah telah berfirman.."tidak kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.."

Memang benar..menuntut ilmu dan sebagainya adalah ibadah, tetapi kebanyakkan dari kita hanya belajar agar mudah mencari perkerjaan..sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tak kan belajar..ada pula yang kata bekerja mencari nafkah itu ibadah, tetapi bekerja yang bagaimana? ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewah dan amat kurang sedekahnya..

oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi..?

kita mungkin berfikir, solat fardhu tu besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat adalah jalan untuk membuka pintu syurga..tetapi benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

berapa solat kita dalam 50 tahun? 1 solat = lebih kurang 10 minit......5 x solat = lebih kurang 1 jam

dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan
jadi dalam masa lebih kurang 50 tahun kita hidup tu, secara averagenya kita hanya memperuntukkan waktu solat dalam hidup kita hanya 2 tahun saja. maka itulah tempoh dan jumlah ibadah fardhu kita. dan..belum tentu pulak solat kita dalam masa dua tahun tu semuanya perfect, semua diangkat ke langit dan diterima oleh Allah SWT tanpa sebarang hijab. dan kalaulah pulak solat kita dua tahun tu tak mampu nak dibandingkan dengan masa yang kita digunakan untuk bercakap benda yang bohong, dosa yang bertambah-tambah tanpa kita sedar, mengumpat, mendedah aurat dan sebagainya...

maka benarlah seperti apa yang ditakuti oleh Rasul junjungan kita bahawa umat akhir zaman ni pasti ramai yang berhamburan di neraka kelak..terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama kita hidup di dunia..bersamalah kita kembali menilai diri kita untuk menyedari perkara ini..









antisipater: tiada yang terlambat selagi kita belum benar-benar terlambat




Viewing all articles
Browse latest Browse all 28