Quantcast
Channel: | Antisipasielmy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28

Aku,Hidup dan Peperiksaan..

$
0
0
Philosoraptor - KENAPA KITA PERLU AMBIL EXAM?
Philosopraptor yang berfalsafah

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabuut: 2-3)


Salam 1 Ummah, salam 1 muafakat di ucapkan kepada semua pembaca. pertama-tamanya marilah bersama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas nikmat dan limpah kurnianya yang masih lagi membenarkan kita hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga kita ucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda moga kita di antaranya umatnya yang bakal menerima syafaat dari baginda kelak InsyaAllah.

selamat bertemu kembali buat pembaca sekalian, apa khabar? moga sentiasa sihat hendaknya di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. agak lama juga blog ni tak diserikan oleh em' sendiri, dan em' nak mintak maaflah atas keadaan tersebut. Antara sebabnya em' jarang menumpahkan dakwat tulisan di ruangan ni adalah kerana memikirkan apakah antara idea-idea terbaik yang perlu em' garapkan dalam tulisan ni. Al-maklumlah, niat em' nak berkongsi ilmu dengan antisipater semua jadi perlu suatu pemikiran yang mantap untuk dikongsikan. tapi alih-alih idea tu tetap tak dapat direalisasikan dan sekadar membeku di fikiran saja. namun kini Alhamdulillah berbekalkan dengan sikit kekuatan yang Allah beri, maka em' gerak kan hati untuk mendorong berkongsi sedikit pendapat maupun tanggapan untuk tatapan antisipater sekalian.

baik, em' percaya dan yakin yang kebanyakan pembaca di luar sana (termasuklah penulis sendiri), merupakan antara pelajar/students yang still menuntut di mana-mana IPT mahupun IPTS. jadi em' rasa kita merasai suatu fenomena dan keadaan yang sama iaitu musim peperiksaan. bila dalam tempoh exam ni maka kita boleh lihat bermacam ragam dan kerenah yang di tampil oleh rakan-rakan kita semata-mata untuk melalui tempoh waktu yang mencabar ini. paling 'kick' bila mana kita kurang persiapan bila tiba waktu exam ni. waktulah kita lihat ada yang tunggang terbalik menelaah buku, makan minum pun tak terurus akibat masa yang tak cukup katanya dan sebagainya. dan ragam ni hanya kita boleh lihat hanya pada waktu exam.

serabut ketika exam
makanya ketika dalam tension dan penuh dengan onak duri tu, mulalah terbit kata-kata di hati kita, 'kenapa perlu ambil exam?', 'exam ni menyusahkan!' dan sebagainya. tapi yang pastinya keluhan dan luahan tu semua adalah sebagai tanda protes kita kenapa exam ni di buat. korang jangan tipu mesti korang ada rasa macam ni jugak kan. tapi kalau kita fikir-fikir kan balik kenapa perlu ada exam, exam ni kan sebagai medan ujian kita untuk menilai kita sejauh mana penguasaan kita dalam pelajaran. exam ni jugak berperanan sebagai kayu ukur yang memaksa kita untuk push diri kita ke tahap yang tertinggi untuk tengok tahap kemampuan diri kita dalam sesuatu pelajaran tu. puncanya satu je, ramai dari kita yang tak ikhlas tentang belajar. cuba bayangkan setiap institusi pengajian yang ada kat dunia ni tak mengamalkan ada konsep ujian dan sebagainya. rasanya tak ramai orang mampu mengamalkan ilmu yang dipelajarinya hari ni.

sebenarnya cerita-cerita di atas di sebagai analogi je. begitu juga dalam kehidupan kita sebagai seorang Musliam yang merupakan hamba kepada Al-Khalik. sebagai seorang muslim, telah Allah ingatkan dalam Quran bahawa kita tak boleh kita ni beriman sebelum kita di uji. Al-Maklumlah, sebagai insan yang mudah lupa, bila diri kita dah melakukan amal sikit, mula lah rasa dah cukup beriman. semua kena ingat bahwa, iman kita ni mampu berkurang dan mampu menaiknya. macam mana nak nilai tahap keimanan kita ni, kita lihat melalui bagaimana Allah menguji kita. macam dalam study, kadang-kadang kita mula baca dan faham sikit, mulalah kita mendabik dada, cakap kita dah cukup maklum tentang subjek itu dan ini. padahal hakikatnya belum terbukti selagi kita belum mengambil ujian atau exam.


Lapar ketika study?



Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? (Al-Ankabuut:10) 


tapi yelah, oleh kerana namanya pun ujian, maka apa yang dilalui tu pun bukan lah short and sweet. tengok je lah pada kawan-kawan dan mungkin juga diri korang sendiri bagaimana nak deal dengan tempoh exam yang melanda ni. begitu juga ujian Allah yang melanda pada diri kita. lagi kita serius nak berkecimpung dalam jalan Allah, lagi banyak ujian yang melanda. dan siri-siri ujian tu lah yang bakal menentukan kita mampu survive dalam jalan Allah ni atau tidak. seperti juga dalam game bola sepak euro 2012, ada group stage, ada peringkat kalah mati dan sebagainya sampai lah ke final. di final tu baru ditentukan siapa pemenang sebenar. jadi jangan mudah mengalah bila di uji dalam perjuangan jalan Allah ni. bila mana korang semua telah menyatakan 'bai'at' atau keinginan untuk berjuang di jalan Allah maka nya korang tak boleh bayangkan sesuatu yang indah seperti mana cerita-cerita fairy tales..


jadinya sahabat-sahabat antisipater sekalian, mesej dari Allah itu jelas kenapa kita ni selalu di beri ujian. ujian tu adalah sebagai landasan untuk memperbaiki diri kita dan orang sekeliling kita. ujian tu juga sebagai tempoh untuk kita check dan balance sejauh mana pencapaian kita terhadap sesuatu perkara..kalau-kalau anda semua merasa penat dengan ujian Allah ni maka ingatlah kata-kata ni

"tempoh masa pejuang Allah tu berehat adalah waktu di syurga nanti.."










antisipater: indahnya jika dapat bersama di akhirat sana






Viewing all articles
Browse latest Browse all 28