Quantcast
Channel: | Antisipasielmy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28

Jalan ini

$
0
0



Assalamualaikum w.b.t.sebelum bermula, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W :)

***********

“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

“Aku insan biasa”

Sebenarnya aku tak pernah memikirkan dan menjangkakan aku akan merasai semua ini. Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dipilih untuk merasai ini. Untuk yang menjadi yang ini. Apakah istimewanya aku sehingga menjadi pilihan untuk dibawa ke jalan ini. Bila melihat diri ini, aku melihat diriku sedalam-dalamnya. Layakkah aku. Aku insan biasa yang sangat biasa. Aku tidak sempurna. Sangat tidak sempurna. Ya Allah kenapa Engkau begitu menyayangi aku, sedangkan aku disepanjang kehidupan ini tidak berbuat apa-apa pun demi agama-Mu. Kenapa Engkau memilih untuk menyelamatkan aku. Sedangkan aku sebelum ini tidak berusaha untuk mendalami agama-Mu. 



“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (3:133)

Dalam sujud aku menangis tanda kesyukuran dan rasa malu kepada Penciptaku. Dalam sujud aku memohon kemaafan pada-Nya yang Satu. Terdetik di hati ini, walau bagaimanapun kekurangan yang ku rasai, aku masih seorang manusia ciptaan-Nya yang Maha Agung. Begitu tidak patut aku untuk menghina diri sendiri yang merupakan salah satu ciptaan dari-Nya yang maha Esa. Dari rasa itu aku bangkit, bangkit sebagai seorang aku yang baru. 



“pertolongan-Nya tidak pernah terhenti”

Aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Aku rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan menyorok daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku. Namun, pertolongan dari Allah tak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh jua beberapa kali, tapi kali ini aku lebih berusaha untuk cepat bangkit. Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.”(3:139)



“di jalan ini”


Namun, disebalik rasa pedih ini tidak dapat aku nafi. Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dari jalan ini aku memperoleh kematangan. Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan mula untuk melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu berlari di jalan ini. Selepas ini, aku akan melangkah ke sesuatu yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, sangat bersedia. Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Paling utama, pengharapanku ialah agar aku, dia dan semua menembus hingga ke syurga sana. inshaAllah:)


:)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28